Pages

Tuesday, May 24, 2011

Pot Luck..yeayyyy!

Assalamualaikum...hari ni cikgu2 di sekolah nih bermurah hati menyediakan juadah2 potluck, sempena berakhirnya tempoh praktikal kami.Saya pun tak ketinggalan bawak skit juadah..bawa spageti ja.. nak jadi cerita, kuahnya saya masak siap2 semalam takut pagi nih kelam kabut. Saya plan mee nya tuh saya nak celur pagi nih sebelum pegi sekolah, alih2 gas habissssss....arggghhh...

Saya pun bawak je ke sekolah n tebai muka mintak org kantin tolong celurkan. Saya bagi la sedikit duit gas. Alhamdulillah....spageti tuh licin, dalam masa sejam ja. hehe..

Masa artikel nih ditulis, saya baru lepas tapau laksa.laksa nih sedap sungguh, pastu siap ada baki lagi.. baik tapau skit. cikgu-cikgu lain semua pun pakat tapau. ada juga yang tapau nasi kerabu. Saya teringin juga nak tapau nasi kerabu tuh tapi memikirkan alahan si suami dengan budu, tak jadi plak. kalau amik mmg la dia makan ja tapi nanti asyik bersin ja la.

Nanti pukul 1.10 saya ada kelas lagi..Petang nih cadangnya nak berehat & tengok anak buat kerja rumah..kesian dia kalau saya masak dia asyik datang tanya2 mcm mana nak buat nih, nak buat tu...ehemm...cikgu di sekolah dan cikgu di rumah!

Tuesday, May 17, 2011

Hobi..




Minat memasak saya datang drpd mak saya, dan adik bradik perempuan saya... bila lapang ja terasa nak mencuba yang baru. Sambil-sambil belajar masak, saya amik tempahan skali.. nih sedikit gambar coklat yang saya buat..tak banyak pun gambar dalam simpanan..

Cikgu cikgi

Lama sangat saya tak update blog nih. Saya skrg bukan lagi seorang eksekutif...tapi InsyaAllah bakal seorang guru.. saya sedang menghitung hari untuk menghabiskan tempoh praktikal saya hujung bulan nih... dan selepas tuh cuma tunggu untuk posting. Sangat-sangat berbeza bekerja di sektor swasta dengan kerajaan nih. apa kesimpulan yang saya dapat, sektor swasta lebih banyak maju ke depan berbanding kerajaan. Tapi saya dah berazam, bila saya berada dalam kelompok ini, InsyaAllah saya takkan menoleh lagi dan saya akan berusaha sentiasa mengupdate kan diri saya dengan perkara-perkara semasa. InsyaAllah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers