Pages

Sunday, July 3, 2011

Mama nak cari kain...

Petang sabtu lepas incik suami saya tuh off..jadi dia tanya siap-siap nak ke mana petang nih. Saya pun gtau la, kalau dapat pegi Jakel pun best..Maklum la dah 3 tahun Jakel tuh dibuka di Ipoh, sekali pun saya tak pernah jejakkan kaki ke sana.Dalam 2,3 hari berturut-turut nih pula ada ja iklan Sale kat Jakel tuh, macam menarik-narik saya ke sana ja..mujur suami saya setuju....Sambil kereta bergerak, saya terfikir juga nak cari kain apa lagi kat Jakel?Baju raya kan dah tempah..hehehe..cuci mata ja la kot..


Kakak dengan adik sentiasa happy nak ke mana pun...


"Mama, kakak pinjam spek abah.Nampak lagi tak parut kat hidung kakak?"
"Nampak lagi, sebab kakak pakai bawah sangat spek tuh.." macam mana boleh jadi parut tuh taktau la..saya tak sedar langsung.

*
*
*
*

"Kalau macam nih, mama nampak lagi ke parut tu?"
"Nampak lagi la kakak..."
*
*
*
*
*

"Ha....macam nih baru dapat sorok parut tuh.."hehe

Emm..saya dah agak, saya memang tak pandai membeli di kedai yang nampak sesak macam nih. Rambang mata betul...saya lebih selesa beli kain di Kwong Fatt saja.Kain pun design baru, dan tak sesak.Sudahnya kami balik dengan tangan kosong. Anak-anak request nak ke Padang Polo, tapi sebab dah hujan rintik-rintik, abah cakap 'tak payah.."kesian anak-anak mama. Pastu abah ajak main kat dalam Giant ja sebab berbumbung.yeayyyy!!!!

On the way balik, singgah jap kat restoran Satay Kajang..makan mee kari kat situ dan tapau sate.yummmiiii



Selesai la sudah cerita hari sabtu..esoknya pagi ahad ingat nak bawa anak-anak berjoging, tapi pagi-pagi lagi dah hujan.Jadi kami buat aktiviti dalam rumah saja..

Saturday, July 2, 2011

Cerita Cikgu Baru...: "PoSuberman.."

Cerita Cikgu Baru...: "PoSuberman.."

"PoSuberman.."

Haa....agak-agak faham tak maksud perkataan kat atas nih? Hehe..Syiffa kan pelat skit kalau bercakap...banyak perkataan baru yang kami 'belajar' daripada dia. Satu hari kami pegi minum petang di kedai mamak dekat dengan Giant.Tetiba dia menjerit dengan kuatnya.."mama, tu posuberman"...hahahaha....rupa-rupanya posmen yang lalu. Apa la adik nih, jauh sangat lari perkataan asal dengan yang dia sebut..Nih kes terpengaruh dengan cerita superman kakak la nih....habis bercampur aduk!!
Lagi satu cerek kat rumah saya slalu buat masak air panas untuk mandikan dia. Rupanya dia lagi ingat dengan fungsi cerek tuh daripada cerek tuh sendiri. Bila baliki kampung hari tuh tetiba dia tunjuk kat cerek mak tok & kata " Tuh bagi mandi air panas mcm mama punya..."...adeiiii..gelagat anak-anak nih memang menghiburkan.!

Wednesday, June 15, 2011

Damia

Kakak ada karekter yang kelakar..suka buat lawak untuk mama & adiknya.


Kakak suka sangat posing kalau tau mama/abah nak amik gambar..tapi kalau dengan orang lain, dia akan jadi pemalu...



kakak suka sangat la buat mak tok bising...tgok nih..stroller adik dia bawak ke dapur mak tok!


apa-apa pun...mama, abah & adik rasa rumah nih serba kurang kalau kakak tak ada..kakak memang penyayang..pagi tadi mama dengan abah pegi sekolah kakak untuk ambil report card dia, dan cikgu memang bagitau kakak nih suka bagi penghargaan kat orang lain...!





Mmuahmmuah....

Cekodok Keledek

Al-kisah...saya teringin sangat nak buat kuih keria, tapi saya dh terbeli keledek merah..(keledek nih lembik skit)... puas diuli tak boleh jadi juga keria nih. lagipun nih mmg first time nk buat kuih keria pun.(pecah rahsia)



Bila dah terasa susah, saya switch kuih keria kepada cekodok! Tambah gula ja lagi... Alhamdulillah..best jugak, saya dh try buat cekodok labu sebelum nih, nampaknya cekodok keledek pun boleh masuk senarai minum petang lepas nih..hehe


Jom Makan.....

Syiffa'

Syiffa nih...pemalu sgt kalau dgn org. Kat umah Syiffa rajin tolong mama kan? hehe.. kalau kakak dia ke sekolah, saya biarkan dia main sendiri, & memang dia suka pun kalau diberi kebebasan mcm tuh. Jom tengok apa dia buat..


buku-buku di bawah meja sentiasa 'disusun' oleh Syiffa'..hehe. Dia suka sangat majalah mama & buku cerita kakaknya. kalau dia baca buku saya buat-buat tak dengar sebab nanti dia akan berhenti baca bila sedar kita dok perhatikan dia..Syiffa suka baca buku dengan kuat, biasanya ayat yang disebut ialah ayat-ayat daripada cerita yang kita sampaikan kat dia!



Ha...nih plak bakul kain mama, yang akan dibuat bakul mengisi segala mainan dia dan kakak..aiseh...habis tuh bakul mainan dia ke mana? Dia letak kain ke? Bukannnn...dia letak mainan dia jugak! Satu lagi hobi Syiffa' suka letak barang dalam plastik, pastu dia akan kata nak juai..adeii..sekarang belum masanya Syiffa nak bisnes mcm mama! Sayangg anak mama

Anak-Anak saya....



Bila dah menganggur sekejap sementara menunggu posting nih, saya ada juga curi-curi masa di rumah untuk buka fb & terasa nk update blog nih. Lagipun untuk bulan 6 nih masih belum ada entry baru. Nak crita pasal anak-anak skit...yesss!

Anak-anak saya perempuan kedua-duanya..yg kakak dh nak masuk usia 5 tahun Oktober nanti, adik pula dh 3 tahun. Sekarang bila kakak ke sekolah, adik akan duduk dengan mama di rumah, dia akan tunggu kakak pagi-pagi untuk naik kereta Cikgunya ke sekolah, dan balik nanti dia la juga yang sambut kakak di muka pintu.

Kadang-kadang mereka nih bergaduh juga, tapi bila dh rasa tak ada kawan lain, mula la hulur tangan balik, "Minta Ampun...."

Mama harap kakak & adik akan rapat & baik macam nih selamanya....

Tengok nih, masa nih kami balik kampung sempena cuti sekolah baru-baru nih. Kakak nak buat homework, tapi adik nak bermanja.. so kakak ajak adik baring atas riba dia, tengok-tengok dah terlelap dah adik... comel kan... :))

Tuesday, May 24, 2011

Pot Luck..yeayyyy!

Assalamualaikum...hari ni cikgu2 di sekolah nih bermurah hati menyediakan juadah2 potluck, sempena berakhirnya tempoh praktikal kami.Saya pun tak ketinggalan bawak skit juadah..bawa spageti ja.. nak jadi cerita, kuahnya saya masak siap2 semalam takut pagi nih kelam kabut. Saya plan mee nya tuh saya nak celur pagi nih sebelum pegi sekolah, alih2 gas habissssss....arggghhh...

Saya pun bawak je ke sekolah n tebai muka mintak org kantin tolong celurkan. Saya bagi la sedikit duit gas. Alhamdulillah....spageti tuh licin, dalam masa sejam ja. hehe..

Masa artikel nih ditulis, saya baru lepas tapau laksa.laksa nih sedap sungguh, pastu siap ada baki lagi.. baik tapau skit. cikgu-cikgu lain semua pun pakat tapau. ada juga yang tapau nasi kerabu. Saya teringin juga nak tapau nasi kerabu tuh tapi memikirkan alahan si suami dengan budu, tak jadi plak. kalau amik mmg la dia makan ja tapi nanti asyik bersin ja la.

Nanti pukul 1.10 saya ada kelas lagi..Petang nih cadangnya nak berehat & tengok anak buat kerja rumah..kesian dia kalau saya masak dia asyik datang tanya2 mcm mana nak buat nih, nak buat tu...ehemm...cikgu di sekolah dan cikgu di rumah!

Tuesday, May 17, 2011

Hobi..




Minat memasak saya datang drpd mak saya, dan adik bradik perempuan saya... bila lapang ja terasa nak mencuba yang baru. Sambil-sambil belajar masak, saya amik tempahan skali.. nih sedikit gambar coklat yang saya buat..tak banyak pun gambar dalam simpanan..

Cikgu cikgi

Lama sangat saya tak update blog nih. Saya skrg bukan lagi seorang eksekutif...tapi InsyaAllah bakal seorang guru.. saya sedang menghitung hari untuk menghabiskan tempoh praktikal saya hujung bulan nih... dan selepas tuh cuma tunggu untuk posting. Sangat-sangat berbeza bekerja di sektor swasta dengan kerajaan nih. apa kesimpulan yang saya dapat, sektor swasta lebih banyak maju ke depan berbanding kerajaan. Tapi saya dah berazam, bila saya berada dalam kelompok ini, InsyaAllah saya takkan menoleh lagi dan saya akan berusaha sentiasa mengupdate kan diri saya dengan perkara-perkara semasa. InsyaAllah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers