Pages

Wednesday, June 15, 2011

Anak-Anak saya....



Bila dah menganggur sekejap sementara menunggu posting nih, saya ada juga curi-curi masa di rumah untuk buka fb & terasa nk update blog nih. Lagipun untuk bulan 6 nih masih belum ada entry baru. Nak crita pasal anak-anak skit...yesss!

Anak-anak saya perempuan kedua-duanya..yg kakak dh nak masuk usia 5 tahun Oktober nanti, adik pula dh 3 tahun. Sekarang bila kakak ke sekolah, adik akan duduk dengan mama di rumah, dia akan tunggu kakak pagi-pagi untuk naik kereta Cikgunya ke sekolah, dan balik nanti dia la juga yang sambut kakak di muka pintu.

Kadang-kadang mereka nih bergaduh juga, tapi bila dh rasa tak ada kawan lain, mula la hulur tangan balik, "Minta Ampun...."

Mama harap kakak & adik akan rapat & baik macam nih selamanya....

Tengok nih, masa nih kami balik kampung sempena cuti sekolah baru-baru nih. Kakak nak buat homework, tapi adik nak bermanja.. so kakak ajak adik baring atas riba dia, tengok-tengok dah terlelap dah adik... comel kan... :))

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers