Pages

Wednesday, June 15, 2011

Damia

Kakak ada karekter yang kelakar..suka buat lawak untuk mama & adiknya.


Kakak suka sangat posing kalau tau mama/abah nak amik gambar..tapi kalau dengan orang lain, dia akan jadi pemalu...



kakak suka sangat la buat mak tok bising...tgok nih..stroller adik dia bawak ke dapur mak tok!


apa-apa pun...mama, abah & adik rasa rumah nih serba kurang kalau kakak tak ada..kakak memang penyayang..pagi tadi mama dengan abah pegi sekolah kakak untuk ambil report card dia, dan cikgu memang bagitau kakak nih suka bagi penghargaan kat orang lain...!





Mmuahmmuah....

Cekodok Keledek

Al-kisah...saya teringin sangat nak buat kuih keria, tapi saya dh terbeli keledek merah..(keledek nih lembik skit)... puas diuli tak boleh jadi juga keria nih. lagipun nih mmg first time nk buat kuih keria pun.(pecah rahsia)



Bila dah terasa susah, saya switch kuih keria kepada cekodok! Tambah gula ja lagi... Alhamdulillah..best jugak, saya dh try buat cekodok labu sebelum nih, nampaknya cekodok keledek pun boleh masuk senarai minum petang lepas nih..hehe


Jom Makan.....

Syiffa'

Syiffa nih...pemalu sgt kalau dgn org. Kat umah Syiffa rajin tolong mama kan? hehe.. kalau kakak dia ke sekolah, saya biarkan dia main sendiri, & memang dia suka pun kalau diberi kebebasan mcm tuh. Jom tengok apa dia buat..


buku-buku di bawah meja sentiasa 'disusun' oleh Syiffa'..hehe. Dia suka sangat majalah mama & buku cerita kakaknya. kalau dia baca buku saya buat-buat tak dengar sebab nanti dia akan berhenti baca bila sedar kita dok perhatikan dia..Syiffa suka baca buku dengan kuat, biasanya ayat yang disebut ialah ayat-ayat daripada cerita yang kita sampaikan kat dia!



Ha...nih plak bakul kain mama, yang akan dibuat bakul mengisi segala mainan dia dan kakak..aiseh...habis tuh bakul mainan dia ke mana? Dia letak kain ke? Bukannnn...dia letak mainan dia jugak! Satu lagi hobi Syiffa' suka letak barang dalam plastik, pastu dia akan kata nak juai..adeii..sekarang belum masanya Syiffa nak bisnes mcm mama! Sayangg anak mama

Anak-Anak saya....



Bila dah menganggur sekejap sementara menunggu posting nih, saya ada juga curi-curi masa di rumah untuk buka fb & terasa nk update blog nih. Lagipun untuk bulan 6 nih masih belum ada entry baru. Nak crita pasal anak-anak skit...yesss!

Anak-anak saya perempuan kedua-duanya..yg kakak dh nak masuk usia 5 tahun Oktober nanti, adik pula dh 3 tahun. Sekarang bila kakak ke sekolah, adik akan duduk dengan mama di rumah, dia akan tunggu kakak pagi-pagi untuk naik kereta Cikgunya ke sekolah, dan balik nanti dia la juga yang sambut kakak di muka pintu.

Kadang-kadang mereka nih bergaduh juga, tapi bila dh rasa tak ada kawan lain, mula la hulur tangan balik, "Minta Ampun...."

Mama harap kakak & adik akan rapat & baik macam nih selamanya....

Tengok nih, masa nih kami balik kampung sempena cuti sekolah baru-baru nih. Kakak nak buat homework, tapi adik nak bermanja.. so kakak ajak adik baring atas riba dia, tengok-tengok dah terlelap dah adik... comel kan... :))

Tuesday, May 24, 2011

Pot Luck..yeayyyy!

Assalamualaikum...hari ni cikgu2 di sekolah nih bermurah hati menyediakan juadah2 potluck, sempena berakhirnya tempoh praktikal kami.Saya pun tak ketinggalan bawak skit juadah..bawa spageti ja.. nak jadi cerita, kuahnya saya masak siap2 semalam takut pagi nih kelam kabut. Saya plan mee nya tuh saya nak celur pagi nih sebelum pegi sekolah, alih2 gas habissssss....arggghhh...

Saya pun bawak je ke sekolah n tebai muka mintak org kantin tolong celurkan. Saya bagi la sedikit duit gas. Alhamdulillah....spageti tuh licin, dalam masa sejam ja. hehe..

Masa artikel nih ditulis, saya baru lepas tapau laksa.laksa nih sedap sungguh, pastu siap ada baki lagi.. baik tapau skit. cikgu-cikgu lain semua pun pakat tapau. ada juga yang tapau nasi kerabu. Saya teringin juga nak tapau nasi kerabu tuh tapi memikirkan alahan si suami dengan budu, tak jadi plak. kalau amik mmg la dia makan ja tapi nanti asyik bersin ja la.

Nanti pukul 1.10 saya ada kelas lagi..Petang nih cadangnya nak berehat & tengok anak buat kerja rumah..kesian dia kalau saya masak dia asyik datang tanya2 mcm mana nak buat nih, nak buat tu...ehemm...cikgu di sekolah dan cikgu di rumah!

Tuesday, May 17, 2011

Hobi..




Minat memasak saya datang drpd mak saya, dan adik bradik perempuan saya... bila lapang ja terasa nak mencuba yang baru. Sambil-sambil belajar masak, saya amik tempahan skali.. nih sedikit gambar coklat yang saya buat..tak banyak pun gambar dalam simpanan..

Cikgu cikgi

Lama sangat saya tak update blog nih. Saya skrg bukan lagi seorang eksekutif...tapi InsyaAllah bakal seorang guru.. saya sedang menghitung hari untuk menghabiskan tempoh praktikal saya hujung bulan nih... dan selepas tuh cuma tunggu untuk posting. Sangat-sangat berbeza bekerja di sektor swasta dengan kerajaan nih. apa kesimpulan yang saya dapat, sektor swasta lebih banyak maju ke depan berbanding kerajaan. Tapi saya dah berazam, bila saya berada dalam kelompok ini, InsyaAllah saya takkan menoleh lagi dan saya akan berusaha sentiasa mengupdate kan diri saya dengan perkara-perkara semasa. InsyaAllah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers