Pages

Wednesday, June 15, 2011

Syiffa'

Syiffa nih...pemalu sgt kalau dgn org. Kat umah Syiffa rajin tolong mama kan? hehe.. kalau kakak dia ke sekolah, saya biarkan dia main sendiri, & memang dia suka pun kalau diberi kebebasan mcm tuh. Jom tengok apa dia buat..


buku-buku di bawah meja sentiasa 'disusun' oleh Syiffa'..hehe. Dia suka sangat majalah mama & buku cerita kakaknya. kalau dia baca buku saya buat-buat tak dengar sebab nanti dia akan berhenti baca bila sedar kita dok perhatikan dia..Syiffa suka baca buku dengan kuat, biasanya ayat yang disebut ialah ayat-ayat daripada cerita yang kita sampaikan kat dia!



Ha...nih plak bakul kain mama, yang akan dibuat bakul mengisi segala mainan dia dan kakak..aiseh...habis tuh bakul mainan dia ke mana? Dia letak kain ke? Bukannnn...dia letak mainan dia jugak! Satu lagi hobi Syiffa' suka letak barang dalam plastik, pastu dia akan kata nak juai..adeii..sekarang belum masanya Syiffa nak bisnes mcm mama! Sayangg anak mama

Anak-Anak saya....



Bila dah menganggur sekejap sementara menunggu posting nih, saya ada juga curi-curi masa di rumah untuk buka fb & terasa nk update blog nih. Lagipun untuk bulan 6 nih masih belum ada entry baru. Nak crita pasal anak-anak skit...yesss!

Anak-anak saya perempuan kedua-duanya..yg kakak dh nak masuk usia 5 tahun Oktober nanti, adik pula dh 3 tahun. Sekarang bila kakak ke sekolah, adik akan duduk dengan mama di rumah, dia akan tunggu kakak pagi-pagi untuk naik kereta Cikgunya ke sekolah, dan balik nanti dia la juga yang sambut kakak di muka pintu.

Kadang-kadang mereka nih bergaduh juga, tapi bila dh rasa tak ada kawan lain, mula la hulur tangan balik, "Minta Ampun...."

Mama harap kakak & adik akan rapat & baik macam nih selamanya....

Tengok nih, masa nih kami balik kampung sempena cuti sekolah baru-baru nih. Kakak nak buat homework, tapi adik nak bermanja.. so kakak ajak adik baring atas riba dia, tengok-tengok dah terlelap dah adik... comel kan... :))

Tuesday, May 24, 2011

Pot Luck..yeayyyy!

Assalamualaikum...hari ni cikgu2 di sekolah nih bermurah hati menyediakan juadah2 potluck, sempena berakhirnya tempoh praktikal kami.Saya pun tak ketinggalan bawak skit juadah..bawa spageti ja.. nak jadi cerita, kuahnya saya masak siap2 semalam takut pagi nih kelam kabut. Saya plan mee nya tuh saya nak celur pagi nih sebelum pegi sekolah, alih2 gas habissssss....arggghhh...

Saya pun bawak je ke sekolah n tebai muka mintak org kantin tolong celurkan. Saya bagi la sedikit duit gas. Alhamdulillah....spageti tuh licin, dalam masa sejam ja. hehe..

Masa artikel nih ditulis, saya baru lepas tapau laksa.laksa nih sedap sungguh, pastu siap ada baki lagi.. baik tapau skit. cikgu-cikgu lain semua pun pakat tapau. ada juga yang tapau nasi kerabu. Saya teringin juga nak tapau nasi kerabu tuh tapi memikirkan alahan si suami dengan budu, tak jadi plak. kalau amik mmg la dia makan ja tapi nanti asyik bersin ja la.

Nanti pukul 1.10 saya ada kelas lagi..Petang nih cadangnya nak berehat & tengok anak buat kerja rumah..kesian dia kalau saya masak dia asyik datang tanya2 mcm mana nak buat nih, nak buat tu...ehemm...cikgu di sekolah dan cikgu di rumah!

Tuesday, May 17, 2011

Hobi..




Minat memasak saya datang drpd mak saya, dan adik bradik perempuan saya... bila lapang ja terasa nak mencuba yang baru. Sambil-sambil belajar masak, saya amik tempahan skali.. nih sedikit gambar coklat yang saya buat..tak banyak pun gambar dalam simpanan..

Cikgu cikgi

Lama sangat saya tak update blog nih. Saya skrg bukan lagi seorang eksekutif...tapi InsyaAllah bakal seorang guru.. saya sedang menghitung hari untuk menghabiskan tempoh praktikal saya hujung bulan nih... dan selepas tuh cuma tunggu untuk posting. Sangat-sangat berbeza bekerja di sektor swasta dengan kerajaan nih. apa kesimpulan yang saya dapat, sektor swasta lebih banyak maju ke depan berbanding kerajaan. Tapi saya dah berazam, bila saya berada dalam kelompok ini, InsyaAllah saya takkan menoleh lagi dan saya akan berusaha sentiasa mengupdate kan diri saya dengan perkara-perkara semasa. InsyaAllah..

Wednesday, February 17, 2010

Ety dah berlepas

Ehem...sepatutnya 10.hb ari tuh ingat nk join konvoi hantar Ety g airport, tp atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.tak dapat nk ikut.So...Ety call malam sebalum dia berangkat ke Australia & sempat le borak2 jap..huhuhu...sedih gak kan. Ety nih anak sedaraku yang sulung,beza umur pun sikit je, agaknya sebab tuh dh macam kawan.Dia ke Brisbane untuk sambung belajar selama 2 tahun..after grade jadi cikgu!Congrates Ety.
Aunty, Akish n SYiffa mesti akan rindu kat Ety.
Ingat lg video Akish?1,2,3...Kakak Ety Balik la Ipoh!!!!!

Sunday, December 20, 2009

Anak-Anak dah balik


Salam...
Rindunya dengan anak2..lega sangat bila 2 orang budak kecik tuh dah depan mata. Alkisahnya baby sitter amik cuti nk balik Sarawak, so mama kena la cari alternatif mana nak letak anak, dekat sebulan la juga. Cari-cari nursery payah jumpa yang sehala dengan tempat kerja, abah pulak induksi di Usm..susah la sikit.So.letak anak2 di kampung. Tinggal dengan tok, tokwan n maktok.Tapi kesian la dorang terpisah.
Sorang dengan tok sini, sorang tok sana.

Semalam masa awal2 sampai, yang adik tengah lena dlm keta.Kakak dari awal lg dah respon mcm rindu gila kat mama. bila mama pegi ja kat keta maksu, dia dah terjerit panggil mama, dh kuar keta siap peluk2 lagi.Yea la kan budak2 bukan pandai bgtau dorang rindu n teringat mak sendiri. Tapi faham la bila kena tinggal tuh.Tercari-cari je..cakap dalam tipon pun sama naik je mama dengan Akish menangis, nak jumpa tak boleh.

Yang adik pulak memang la manja sangat2. Sampai ke malam tak habis lg lepas rindu. Tarik tangan mama suruh tolong garukan tangan dia.Dia cakap "atai..".gatai le tuh.Pastu tak bagi mama bangun, dia nak baring aja atas mama.Alhamdulillah..one small and happy family being together at last! After 21 days separated..huhu..sedih wooo..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers